Arkib

KUALA LUMPUR – Pengendali perkhidmatan LRT, monorel, MRT, BRT dan bas Rapid KL memaklumkan perkhidmatan pengangkutan awam itu akan dilanjutkan pada 31 Disember ini.

Ini bagi memberi peluang warga kota untuk bersama meraikan acara ambang tahun baru.

Notis lanjutan perkhidmatan LRT, MRT, Monorel dan BRT

Bagi memudahkan perjalanan, Rapid KL menasihatkan warga kota agar menggunakan kad My Rapid TnG serta memakir kenderaan di kemudahan Park & Ride sebelum menaiki pengangkutan awam ke pusat bandar.

Warga kota juga dinasihatkan berwaspada dan patuh kepada arahan pihak berkuasa.

Notis lanjutan perkhidmatan Bas Rapid KL

-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast