Pope Francis leads the Christmas night Mass in Saint Peter's Basilica at the Vatican December 24, 2017. REUTERS/Tony Gentile

VATICAN CITY – Pope Francis menyeru dua negara berunding bagi mencari jalan penyelesaian dan sekali gus menamatkan konflik Israel-Palestin selepas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel.

Dalam perutusan Krismasnya, Francis berdoa supaya dialog di antara kedua pihak akan diteruskan semula dan seterusnya mencapai jalan sepakat.

“Marilah kita berdoa supaya dialog diteruskan semula dan semoga rundingan kedua-dua pihak akan mencapai kata pemutus yang mana membolehkan kedua-dua negara wujud di bawah persetujuan dan pengiktirafan antarabangsa,” katanya sambil merujuk kepada rakyat Palestin dan Israel.

Ini merupakan kali kedua, pope bercakap secara umum mengenai Baitulmuqaddis sejak pengumuman Trump pada 6 Disember lalu.

Pada hari tersebut, Francis meminta supaya status quo bandar tersebut dihormati. – MalaysiaGazette