Tenaga Nasional Berhad (TNB) memperkenalkan inisiatif baharu berkaitan budaya keselamtan yang dikenali sebagai Tenaga Safety Culture (TSC).

KUALA LUMPUR – Kadar tarif elektrik bagi semenanjung Malaysia dikekalkan bagi tempoh 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2020.

Kali terakhir tarif elektrik dinaikkan adalah pada 1 Januari 2014.

Menteri Tenaga, Teknplogi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili berkata, kerajaan juga bersetuju untuk menampung keseluruhan rebat elektrik sebanyak 1.80 sen k/Wj.

Jumlah keseluruhan rebat tarif elektrik ialah sebanyak RM929.37 juta bagi tempoh 1 Januari hingga 30 Jun 2018, katanya.

“Dengan keputusan ini, pengguna-pengguna di semenanjung tidak akan mengalami sebarang perubahan dalam bil elektrik bagi tempoh 1 Januari hingga 30 Jun 2018 sekiranya pengguna mengekalkan penggunaan elektrik sedia ada.

“Walaupun pengguna tidak mengalami sebarang perubahan dalam jadual tarif bagi tempoh 2018 hingga 2020, pengguna akan terus menerima bekalan elektrik yang berdaya harap dengan pembangunan lebih banyak infrastruktur pembekalan elektrik berasaskan teknologi terkini serta program-program sokongan oleh Tenaga Nasional Berhad,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Maximus, secara keseluruhannya kerajaan telah memberikan rebat berjumlah RM6.3 bilion kepada pengguna di semenanjung bagi tempoh Mac 2015 sehingga Jun 2018.

Bagi semakan tarif elektrik untuk pengguna-pengguna di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, jadual kadar tarif sedia ada dikekalkan bagi tempoh Januari hingga Jun 2018.

Pada masa yang sama, pengguna-pengguna juga akan menikmati rebat tarif elektrik sebanyak 1.20 sen/kWj sepanjang tempoh tersebut.

“Kerajaan telah memberikan subsidi bahan api dan tarif sebanyak RM1.631 bilion bagi pengguna-pengguna di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan untuk tempoh Mac 2015 hingga Jun 2018

“Pengekalan tarif elektrik ini jelas membuktikan keikhlasan dan keprihatinan Kerajaan yang sentiasa meletakkan kesejahteraan dan kepentingan rakyat sebagai teras utama.

“Ia bertepatan dengan usaha kerajaan untuk mengurangkan beban ke atas kos hidup rakyat,” katanya lagi.

Maximus berkata, keputusan tersebut diambil semasa mesyuarat kabinet pada 13 Disember lalu.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast