KUALA LUMPUR – Seorang pembantu dapur syarikat katering tidak menyangka simpanannya di Bank Simpanan Nasional (BSN) menerusi Sijil Simpanan Premium (SSP) bermula dengan RM100 membuatkan dirinya menjadi jutawan segera hari ini.
Hoo Mei Yoong yang berasal dari Ipoh Perak mula menyimpan sejak 14 tahun lalu dan jumlah simpanannya kini bernilai RM15,000.
Namun Mei Yoong, 43, dan masih bujang dihubungi pihak BSN pada 27 November lalu tentang kemenangan hadiah utama SSP bernilai RM1 juta bagi bulan November.
“Mula-mula saya tidak percaya dan beritahu pemanggil saya akan pergi ke cawangan bank terdekat untuk mengesahkan perkara ini.
“Akhirnya memang betul saya menang RM1 juta hari ini dan saya langsung tidak pernah tidak terfikir untuk dapat hadiah wang tunai itu.
“Saya hanya yang rancang untuk buat simpanan sahaja sejak menyimpan SSP 15 tahun lalu,” katanya.
Beliau ditemui pihak media selepas Majlis Cabutan BSN SSP Bulan Disember 2017 di sini hari ini dan hadiah RM1 juta itu disampaikan oleh Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani hari ini.
Mei Yoong menambah, apa yang terlintas dalam fikirannya ketika ini ialah untuk membeli rumah.
Apatah lagi, dirinya ketika ini tidak memiliki rumah sendiri selain tidak mempunyai komitmen hutang lain. – MalaysiaGazette
tak usah harap lah . wat rugi ke duit je simpan kat situ. bukannya ada deviden pun . harap kan nasib rugi ada lah