Home Ekonomi Harga minyak tertinggi dalam tempoh 3 tahun

Harga minyak tertinggi dalam tempoh 3 tahun

SINGAPURA – Harga minyak dunia menyaksikan pembukaan Januari tertinggi sejak tahun 2014 disokong oleh tindakan pengurangan bekalan secara berterusan oleh OPEC dan Rusia, selain permintaan kukuh.

Namun peningkatan pengeluaran Amerika Syarikat yang hampir mencapai 10 juta tong sehari, agak menyekat prospek ke 2018.

Niaga hadapan mentah West Texas Intermediate (WTI) CLc1 diniagakan pada AS$60.29 setong pada 0119 GMT, turun AS$0.13 sen, atau 0.2 peratus daripada harga terakhir pada tahun 2017.

Brent pula didagangkan AS$66.79 setong, susut AS$0.08 sejak harga penutup tahun lalu.

Ia juga kali pertama sejak tahun 2014 Brent dibuka pada awal tahun melepasi AS$60 setong.

Para pedagang berkata, harga pada hari Selasa susut disebabkan kapasiti penuh sebanyak 450,000 tong sehari dari sistem paip Forties di Laut Utara, juga pembaikan paip minyak di Libya yang menyebabkan kekurangan antara 70,000 hingga 100,000 tong sehari.

Pasaran minyak global disokong oleh pengurangan pengeluaran oleh Timur Tengah yang diketuai oleh OPEC dan Rusia.

Pengurangan itu dimulakan pada bulan Januari 2017 dan dijadual meliputi tahun ini.

Pertumbuhan kukuh daripada China juga menyokong harga minyak. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast