Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- Thailand, Indonesia dan Malaysia berikrar untuk tidak mengeksport 350,000 tan getah asli sehingga Mac depan berkuatkuasa serta-merta.

Menurut International Rubber Consortium Ltd. (IRCo) yang berpangkalan di Bangkok, ketiga-tiga negara itu juga akan mengukuhkan penggunaan domestik getah asli.

Jelasnya, tindakan tersebut adalah berdasarkan rangka kerja Majlis Antarabangsa Tripartite Getah (ITRC) yang bersetuju dengan skim eksport.

Ikrar berkenaan dibuat semasa mesyuarat pegawai-pegawai kanan ITRC pada 22 Disember lalu di Bangkok.

Ia akan dipantau oleh Jawatankuasa Pemantauan dan Penyeliaan ITRC.

Menurut badan tersebut, strategi yang telah dirangka untuk mengukuhkan penggunaan domestik adalah menerusi pelbagai sektor seperti pengangkutan, infrastruktur, sukan, pertahanan, kesihatan dan barangan pengguna, pembinaan jalan raya bergetah, pad rel bagi pembinaan landasan keretapi dan sebagainya.

IRCo berkata, Thailand, Indonesia dan Malaysia yakin langkah bersama itu akan mampu memulihkan harga getah asli dan seterusnya memberi manfaat kepada petani kecil serta pemegang taruh industri getah asli.-MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast