Fariz memuatnaik gambar kain rentang asal yang diubah suai oleh jentera PH Selangor. Kain rentang ini dipasang di Bangunan UMNO Negeri.

SHAH ALAM – Jentera Pakatan Harapan (PH) Selangor dianggap terdesak dalam usahanya memenangi hati rakyat apabila kain rentang yang dipasang UMNO dan Barisan Nasional (BN) negeri turut dijadikan objek untuk diperangi.

Ini berlaku di Bangunan UMNO Selangor apabila tulisan pada sehelai kain rentang dengan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dipasang BN negeri telah diubah perkataannya.

Seorang aktivis politik muda Selangor, Fariz Hadi yang menyedari perkara itu memberitahu, kerja mengubah suai tulisan itu dipercayai dilakukan oleh budak nakal yang menjadi tali barut kepada sebuah parti komponen PH.

Katanya, antara tulisan asal yang tertera pada kain rentang itu ialah “Barisan Nasional Selangor, #NegarakuMalaysia, #NegerikuSelangor, #HidupRakyat, #TawanSelangor”.

Namun, jelas beliau, apa yang diubah oleh budak nakal upahan parti berkenaan ialah perkataan #TawanSelangor kepada #TanpaBN.

“Pagi ini saya menerima makluman dari sahabat menerusi aplikasi whatsapp yang prihatin bertanyakan mengenai gambar yang telah disebarkan dalami group whatsapp, di mana satu banner yang digantung di Bangunan UMNO Selangor kononnya ditulis perkataan #TanpaBN .

“Saya agak terkejut dan terus bergegas ke Bangunan UMNO Selangor untuk memastikan sejauh mana kebenaran tersebut kerana saya khuatir banner itu disabotaj selepas digantung,” katanya.

Menurut Fariz, ternyata ada perubahan pada hasgtaq #TawanSelangor kepada #TanpaBN.

“Ini hanya kerja budak-budak nakal talibarut DAP yang sengaja edit dan mengubah hashtag #TawanSelangor kepada #TanpaBN.

“Gerak kerja jahat mereka ini sangat “simple”, tetapi halus dan jika tidak berhati-hati atau waspada pasti ianya memberi suatu persepsi yang negatif kepada BN,” katanya.

Beliau menasihat kepada sahabat yang juga jentera BN bahawa perang fitnah sudah bermula dan mereka perlu sentiasa berhati-hati dan berjaga-jaga dengan permainan jahat jentera pembangkang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast