Home Ekonomi Rizab Bank Negara AS$102.4b

Rizab Bank Negara AS$102.4b

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$102.4 bilion pada 29 Disember 2017 berbanding dengan AS$94.5 bilion pada akhir tahun 2016.

Paras rizab pada 29 Disember 2017 telah mengambil kira pelarasan bagi perubahan penilaian semula pertukaran asing.

Bank Pusat itu berkata, paras rizab disokong oleh lebihan akaun semasa yang lebih besar dan aliran masuk pelaburan langsung asing yang berterusan.

Walau bagaimanapun, ini sebahagiannya telah diimbangi oleh pelaburan langsung daripada syarikat Malaysia dan pelaburan portfolio pelabur institusi pemastautin di luar negeri.

Rizab antarabangsa pada 29 Disember 2017 kekal lebih daripada mencukupi untuk memudahkan urus niaga antarabangsa dan paras rizab ini memadai untuk membiayai 7.2 bulan import tertangguh dan 1.1 kali hutang luar negeri jangka pendek. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast