Home Dunia AS sekat bantuan ke Pakistan

AS sekat bantuan ke Pakistan

Protes terhadap Presiden Donald Trump di Karachi pada Selasa lalu. foto Agensi

WASHINGTON – Amerika Syarikat memotong hampir semua bantuan keselamatan ke Pakistan selepas mendakwa Islamabad gagal menangani rangkaian pengganas yang beroperasi di negara itu.

Jabatan Negara mengatakan pembekuan itu dibuat sehingga Islamabad mengambil tindakan terhadap rangkaian Haqqani dan Taliban Afghanistan.

Awal minggu ini, Presiden Trump menuduh Pakistan berbohong dan menipu Amerika Syarikat sedangkan menerima bantuan berbilion dolar.

Kerajaan Pakistan dengan kuat menentang dakwaan Amerika Syarikat.

Pendirian Amerika Syarikat itu dipuji oleh India dan Afghanistan, tetapi China, yang melabur puluhan menyokong Pakistan.

Ketika mengumumkan sekatan itu, jurucakap Jabatan Negara, Heather Nauert tidak dapat meletakkan nilai dolar potongan yang dibuat.

Beliau berkata, kerajaan Amerika Syarikat menganggap Taliban dan rangkaian Haqqani Afghanistan “tidak stabil di rantau ini dan mensasar Amerika Syarikat”. – MalaysiaGazette