Home Nasional Perak buka 6 pusat pemindahan

Perak buka 6 pusat pemindahan

Gambar hiasan

IPOH – Sebanyak enam pusat pemindahan sementara dibuka di dua daerah di Perak berikutan hujan yang berterusan sejak Khamis lepas.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak dalam kenyataan hari ini berkata, ia melibatkan seramai 211 orang daripada 70 keluarga di daerah Larut, Matang dan Selama serta daerah Manjung.

Daerah Larut, Matang dan Selama mencatatkan bilangan mangsa tertinggi iaitu 172 orang yang mana 78 daripadanya ditempatkan di Dewan Orang Ramai (DOR) Kampung Matang Gelugor.

Tiga puluh tiga mangsa lagi ditempatkan di DOR Kampung Jebong Simpang Halt, DOR Simpang Halt (32 orang) dan Surau Kampung Jawa Trong (29 orang).

Sementara itu, di daerah Manjung, seramai 14 orang ditempatkan di DOR Kampung Paya Ara Beruas dan 25 orang di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Kota. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast