Home Ekonomi AirAsia tawar tambang RM199 ke Maldives

AirAsia tawar tambang RM199 ke Maldives

KUALA LUMPUR – AirAsia meningkatkan operasinya ke Maldives dengan pelancaran perkhidmatan tambahan yang akan dikendalikan oleh syarikat sekutunya, AirAsia X.

AirAsia X akan mengendalikan perkhidmatan tambahan Kuala Lumpur-Maldives sebanyak empat kali seminggu menggunakan pesawat Airbus A330-300, bersamaan dengan penambahan sebanyak 156,000 tempat duduk setahun mulai dari 6 Februari 2018.

Sempena perkhidmatan tambahan itu, AirAsia menawarkan tambang promosi serendah RM199 dan semua penerbangan ke Maldives boleh didapati di airasia.com hari ini hingga 14 Januari 2018 bagi tempoh penerbangan dari sekarang hingga 6 Mei 2018.

Tetamu yang terbang bersama AirAsia X juga boleh menempah tempat duduk Premium Flatbed hanya dari RM699 untuk promosi ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast