BAITULMAQDIS – Israel akan mengembalikan bekalan elektrik ke Semenanjung Gaza yang dikuasai Hamas hari ini.

Ia susulan permohonan Palestin menyambung bayaran selepas Presiden Palestin Mahmoud Abbas menarik balik jaminan untuk membayar elektrik Israel pada April tahun lalu.

Kenyataan ringkas Menteri Tenaga Israel, Yuval Steinitz semalam berkata, beliau sudah mengarahkan pencawang yang mampu menghantar sehingga 120 megawatt bekalan tenaga disiapkan untuk operasi penuh sehingga hari ini.

Disebabkan sekatan Abbas dengan kebimbangan pengasingan kewangan dan politik, Hamas menandatangani perjanjian perhubungan semula Mesir dengan kerajaan Fatah pada Oktober lalu dan bersetuju menyerahkan kawalan pentadbiran Semenanjung Gaza kepada Pihak Berkuasa Palestin.

Bagaimanapun, kedua-dua kumpulan gagal memuktamadkan perincian perjanjian itu yang sepatutnya selesai pada 1 Disember lalu. Keputusan Pihak Berkuasa Palestin kembali membayar elektrik mungkin membantu melicinkan usaha menyelesaikan perjanjian itu. – MalaysiaGazette