Mah Siew Keong

KUALA LUMPUR – Sumbangan eksport minyak sawit dan produk minyak sawit kepada pendapatan Malaysia disasarkan meningkat kepada RM80 bilion tahun ini berbanding RM75 bilion yang dicatatkan pada 2017.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong berkata, peningkatan eksport didorong oleh pertambahan bekalan serta permintaan yang semakin tinggi daripada pasaran baharu.

Pengecualian cukai eksport bagi minyak sawit mentah pula menyaksikan peningkatan permintaan eksport dan sekali gus mengurangkan simpanan minyak sawit.

Pengeluaran minyak sawit Malaysia dijangka melebihi 20 juta tan pada 2018 berbanding jangkaan 19.5 juta pada 2017.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast