KUALA LUMPUR – Rezeki pelawak dan pengacara, Harith Iskander semakin murah selepas memenangi Anugerah Manusia Paling Kelakar di Dunia pada tahun 2016.
Ini kerana Harith bakal muncul dalam rancangan khas program komedi, I Told You So menerusi video dalam talian paling popular iaitu Neflix.
Rancangan itu menampilkan bintang komedi dari Asia Tenggara dan akan ditayangkan di seluruh dunia pada 19 Januari ini.
Harith berkata, dia berbangga apabila diberi peluang untuk berkarya di saluran popular dunia itu.
Disember 2016, Harith yang juga pelakon diumumkan sebagai juara pada kemuncak pertandingan Funniest Person In The World yang berlangsung di Hullu Poro Arena, Levi, Finland.
Harith mengetepikan pencabar terdekatnya, Alex Calleja dari Filipina apabila meraih 3.8 juta undian menerusi persembahan terakhirnya pada 8 Disember lalu, selain menghampakan tiga peserta lain iaitu Katerina Vrana dari Greece, Mino van Nassau (India) dan David Kilimnick (Israel).
Kemenangan itu melayakkan Harith membawa pulang hadiah wang tunai RM440,000 dan berpeluang mengadakan siri jelajah di Amerika Syarikat (AS). – MalaysiaGazette