Foto Instagram Al Gharafa FC

DOHA – Bintang Belanda, Wesley Sneijder memilih Qatar sebagai destinasi karier terbaharunya selepas dia melengkapkan perpindahan ke kelab Al Gharafa.

Menurut laman Transfermarkt, Al Gharafa mendapatkan khidmat bekas pemain Real Madrid dan Inter Mila secara percuma dari kelab liga Perancis, Nice.

Antara rakan sepasukan Wesley adalah bekas pemain Manchester City, Vladimir Weiss yang juga pernah beraksi bersama Bolton Wanderers.

Selain itu, penyerang kelahiran Indonesia, Andri Syahputra juga bakal menjadi rakan sepasukan Wesley Snidjer.

Al Gharafa kini menduduki tangga keenam Qatari Stars League.

Kelab ini pernah menjuarai Qatari Stars League sebanyak tujuh kali dan kali terakhir memenanginya pada musim 2010-11.

Selain itu, mereka pernah menjadi juara Emir of Qatar Cup sebanyak tujuh kali.

Mereka pernah beraksi dalam saingan AFC Champions League dan mara ke suku akhir pada 2010. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast