KUALA LUMPUR – Anak syarikat AirAsia Bhd. di India sedang meninjau potensi untuk melakukan tawaran awam permulaan (IPO).

Ketua Eksekutif Kumpulannya, Tan Sri Tony Fernandes berkata, syarikat tersebut akan meminta kelulusan ahli lembaga pengarah dalam mesyuarat akan datang untuk memilih bank sebelum memulakan proses awal IPO.

“Penganalisis memberikan nilai kosong kepada AirAsia India.

“Tidak sampai 20 pesawat dan satu potensi IPO,” katanya di laman Twitternya.

AirAsia India adalah usahasama di antara syarikat penerbangan tambang rendah terbesar di Asia itu dengan konglomerat Tata Sons dari India.

Ia memperoleh pendapatan sebanyak enam bilion rupees (AS$94.24 juta) pada tahun 2016 dan dijangka mampu menggandakannya kepada 12 bilion rupees pada tahun 2017.-MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast