KUALA LUMPUR – Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini melancarkan Perpustakaan 1 Wilayah Persekutuan Medan Idaman di Danau Kota.
Perpustakaan itu merupakan yang kedua selepas perpustakaan yang sama dibuka di Lembah Pantai pada tiga tahun lalu.
Usaha itu. katanya, adalah langkah konsisten kerajaan untuk terus menyediakan kemudahan untuk penduduk warga kota.
“Perpustakaan kedua ini merupakan salah satu projek di bawah program CSR kelolaan Syarikat Malaysian Resources Corporate Berhad (MRCB).
“Lokasinya strategik kerana ia dibina berdekatan dengan kemudahan komuniti lakn seperti surau, sekolah, penempatan dan Pusat Komuniti Taman Ibukota,” katanya ketika berucap dalam Majlis Perasmian Perpustakaan 1Wilayah Persekutuan Medan Idaman.
Sebuah lagi perpustakaan yang sama bagi memenuhi keperluan semasa rakyat akan dibangunkan di Kampung Pandan kelak.
Perpustakaan yang dirasmikan hari ini berkeluasan 13,000 kaki persegi dan menyediakan 13,231 nashkah buku yang terdiri daripada pelbagai bahasa selain kemudahan bacaan elektronik.
Tengku Adnan dalam masa yang sama berharap purpustakaan yang sama menjadi contoh kepada syarikat swasta yang lain untuk menyediakan kemudahan kepada rakyat seterusnya merangsang kehidupan warga kota.
“Saya juga berharap selain syarimat swasta, tuan dan puan menyokong usaba dan inisiatif pihak kerajaan dalam membantu warga Wilayah Persekutuan,” tambahnya. – MalaysiaGazette