Home Nasional 3 sekolah di Sarawak ditutup

3 sekolah di Sarawak ditutup

KUCHING – Seramai 223 murid dari tiga sekolah rendah di Sarawak tidak dapat meneruskan sesi persekolahan pada pagi ini setelah banjir melanda berikutan hujan lebat sejak semalam.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, dua sekolah rendah ditutup terletak di Baram, Miri iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Bong dan SK Kuala Bok manakala sebuah lagi sekolah iaitu SK Kuala Kenyana terletak di Mukah.

“SK Sungai Bong mempunyai 121 murid,13 guru dan tujuh kakitangan pentadbiran manakala SK Kuala Bok terdapat 62 murid,12 guru dan lapan kakitangan, ” katanya dalam kenyataan hari ini.

JPBNS berkata SK Kuala Kenyana yang mempunyai 40 murid, 13 guru dan tujuh kakitangan pentadbiran membenarkan murid yang tinggal di asrama balik berikutan paras air semakin naik malam semalam.

“Lima sekolah rendah iaitu SK Sungai Kelabit, SK Sungai Seputi, SK Pengarah Enteri, SK Sungai Anak dan SK Iban Union turut terjejas akibat banjir tetapi masih beroperasi, ” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast