Home Ekonomi ASNB tidak iktiraf aplikasi Google Play Store

ASNB tidak iktiraf aplikasi Google Play Store

KUALA LUMPUR – Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) memaklumkan bahawa pihaknya tidak mengiktiraf aplikasi Google Play Store di bawah nama “ASB PNB ASNB dan ASB Kalkulator.

Dalam notisnya, ASNB berkata, aplikasi itu telah menyalahgunakan nama dan logo ASB.

ASNB berkata, aplikasi tersebut memberi tanggapan ia adalah aplikasi rasmi PNB dan ASB dan menawarkan perkhidmatan semakan informasi ASB, ASNB dan PNB.

“ASNB tidak mempunyai pengetahuan dan tidak pernah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam aplikasi tersebut dan logo PNB, ASB dan ASNB yang tertera juga digunakan tanpa kebenaran ASNB,” kata ASNB.

Sehubungan itu, pihak pemegang amanah, ASNB, PNB dan ejen-ejen yang dilantik oleh ASNB tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian akibat daripada maklumat atau kenyataan di dalam aplikasi tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast