KUALA LUMPUR- Berbeza dengan syarikat-syarikat lain yang gemar menghantar kenyataan media berhubung pelantikan ketua baharu mereka, pengendali rangkaian mudah alih, Tune Talk Sdn. Bhd., menerbitkan sebuah klip video muzik untuk memperkenalkan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ameen Amaendran Abdullah.

Video muzik yang berlatar belakangkan lagu popular New Rules daripada penyanyi Dua Lipa dengan #Ameenrul, menampilkan aksi Ameen yang menari dan bergaya sambil melangkah masuk ke pejabat baharunya sambil diiringi eksekutif-eksekutif muda syarikat tersebut.

Berpakaian kasual, Ameen turut beraksi di belakang poster bekas CEO syarikat tersebut, Jason Lo dengan memberi bayangan, tempat tersebut sudah diambil alih oleh beliau.

Jason menerajui syarikat tersebut sejak penubuhannya pada 2007.

Pada September lalu, dia dakwa ditahan di sebuah penjara di Dubai kerana memiliki dadah bagaimanapun Jason menafikan berita tersebut.

Beliau sebaliknya menjelaskan penahanannya adalah disebabkan terlibat di dalam sebuah pergaduhan kerana mahu mempertahankan rakanya.

Video berdurasi 1 minit 40 saat itu dimuat naik di Youtube semalam.-MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast