Home Ekonomi Arup Raha ketua ekonomi baru RHB Bank

Arup Raha ketua ekonomi baru RHB Bank

Dr Arup Raha

KUALA LUMPUR – RHB Banking Group melantik Dr Arup Raha sebagai Ketua Ekonomi dan Ketua Penyelidikannya, menggantikan Lim Chee Sing yang bersara pada Jun tahun lalu.

Sebelum menyertai RHB, Arup adalah Pengarah Urusan dan Ketua Ekonomi CIMB Group, serta Ketua Ekonomi bagi CIMB ASEAN Research Institute dan bertanggungjawab menjalankan penyelidikan bagi ekonomi dan pasaran kewangan Asia.

“Pelantikan Arup akan mengukuhkan lagi keupayaan pasukan penyelidikan kami dan menjadikan RHB Research sebagai francais penyelidikan utama di rantau ASEAN,” kata Pengarah Urusan Kumpulan RHB Banking Group, Datuk Khairussaleh Ramli, dalam satu kenyataan hari ini.

Arup yang berpangkalan di Singapura, akan menyelia pasukan ekonomi serantau dan mengetuai penyelidikan dalam semua bidang ekonomi yang termasuk ekuiti, pendapatan tetap dan mata wang asing. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast