Home Dunia Pelajar sekolah hina Joko Widodo dipenjara

Pelajar sekolah hina Joko Widodo dipenjara

Remaja lelaki yang dikenali sebagai MFB didapati bersalah oleh mahkamah kerana menghibi Presiden Indonesia. foto Agensi

MEDAN – Seorang remaja Indonesia dijatuhi hukuman sehingga 18 bulan penjara kerana “menghina” Presiden Joko Widodo di Facebook.

Pelajar sekolah tinggi berusia 18 tahun dari Medan di Pulau Sumatra, yang menggunakan identiti MFB, didapati bersalah melanggar undang-undang Internet negara dengan membuat komen fitnah atas talian.

Hakim juga memerintahkan beliau membayar denda sebanyak 10 juta rupiah (AS$700).

“Sekiranya denda tidak dibayar, hukuman penjara ditambah sebulan,” kata hakim.

Anak remaja itu menerima keputusan itu dan tidak memfailkan rayuan.

MFB ditangkap pada Ogos tahun lalu selepas dia menyiarkan banyak mesej terhadap Widodo dan Ketua Polis,Tito Karnavian dengan menggunakan akaun palsu.

Pada bulan Julai, dia mencabar polis untuk menangkapnya dan polis mengambil sebulan untuk menjejaki MFB. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast