Home Dunia Viorica Dancila perdana menteri baru Romania

Viorica Dancila perdana menteri baru Romania

Viorica Dancila i

BUCHAREST – Viorica Dancila diumumkan sebagai Perdana Menteri Romania bagi menggantikan Mihai Tudose.

Beliau merupakan perdana menteri wanita pertama negara itu, juga pemimpin ketiga dalam tempoh tujuh bulan.

Mihai melepaskan jawatannya selepas tidak mendapat sokongan daripada partinya.

Presiden Klaus Iohannis yang mengumumkan pelantikan itu mahu pelantikan Dancila diluluskan segera oleh Parlimen dan kerajaan baru perlu dibentuk pada 1 Februari ini.

Dancila ahli Parlimen Eropah, dianggap sebagai sekutu pemimpin Parti Demokratik Sosial (PSD), Liviu Dragnea.

PSD telah sedang bergelut dengan kuasa turut menyebabkan peletakan jawatan bekas Perdana Menteri, Sorin Grindeanu pada Jun lalu.

“Bagi saya sangat jelas bahawa Parti Demokrat Sosial mempunyai majoriti … jadi saya menimbang semua yang dibangkitkan dan memutuskan untuk menamakan Dancila untuk jawatan perdana menteri,” kata Iohannis selepas mengumumkan pelantikan itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast