Seorang suami yang menampar isterinya direman tiga hari oleh Mahkamah Majistret Telok Datok Banting, hari ini.

KUALA LANGAT – Berang kerana leka menonton video tarian singa di media sosial, seorang suami yang menampar isterinya di sebuah pusat beli-belah di Kota Warisan, Sepang direman tiga hari oleh Mahkamah Majistret Telok Datok di sini hari ini.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Maslinda Selamat dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

Pada 27 Januari lalu, aksi seorang lelaki yang menampar isterinya, secara tidak sengaja dirakam dalam satu video live yang dimuat naik dan menjadi tular di media sosial.

Menerusi rakaman berdurasi 29 saat itu, kelihatan wanita berkenaan sedang keluar dari pusat beli-belah sebelum suspek berjalan ke arahnya sambil memimpin tangan seorang kanak-kanak.

Bagaimanapun, suspek menampar muka dan mengatakan sesuatu sebelum kedua-duanya dilihat berjalan keluar dari premis berkenaan.

MalaysiaGazette difahamkan, lelaki berusia 50-an bertindak sedemikian kerana isterinya didakwa leka menonton tarian singa yang tular di media sosial selepas membeli nasi ayam dari sebuah restoran di pusat beli-belah tersebut pada 26 Januari lalu.

Susulan penularan video adegan itu di media sosial, lelaki berkenaan difahamkan menyembunyikan diri sekitar Nilai, Negeri Sembilan selepas kejadian itu sebelum dicekup pihak berkuasa. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Lelaki tampar isteri di pusat beli-belah ditahan pagi tadi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast