Muhammad Riezzqie

KUALA LUMPUR – Tindakan pantas murid lelaki Sekolah Kebangsaan (SK) St. Gabriel membantu seorang lelaki yang mengalami kecemasan kesihatan di Taman Pandan Jaya semalam mendapat penghargaan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan.

Murid berkenaan, Muhammad Riezzqie menunjukkan keberanian dan keprihatinan apabila bertindak mendapatkan bantuan selepas menyedari keadaan lelaki terbabit yang kelihatan tidak sihat kira-kira jam 3 petang.

Menurut PIBG SK St. Gabriel, ketika itu lelaki tersebut berada di sebuah bangku berhampiran kawasan padang.

Riezzqie mendapati lelaki berkenaan memegang dada dan kelihatan hampir terbaring.

“Riezzqie kemudiannya terus mendapatkan bantuan dan membantu membawa lelaki tersebut masuk ke premis NGO Rumah Kita sementara rakannya menghubungi ambulans,” kata PIG sekolah berkenaan.

Lelaki terbabit kemudian dikenal pasti sebagai seorang kakitangan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) yang sedang menjalankan tugas menyampaikan notis taksiran di kawasan tersebut.

Menurut maklumat yang disampaikan rakan sekerjanya kepada keluarga Riezzqie, lelaki berkenaan dilaporkan mengalami satu lagi serangan jantung ketika berada di hospital.

“Tindakan Riezzqie juga menunjukkan murid, tanpa mengira usia, boleh memainkan peranan penting dengan bertindak secara prihatin dan bertanggungjawab ketika berdepan situasi kecemasan,” menurut kenyataan tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here