Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu

KUALA LUMPUR – Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menempelak segelintir pihak yang lupa diri dan tidak menghormati jasa pemimpin yang tidak lagi berkuasa ketika ini.

Bekas menteri Kabinet itu turut kesal kerana golongan tersebut masih menampilkan imej baik di mata masyarakat seolah-olah mereka tidak sesekali pernah membuat dosa.

Sambil menganggap dirinya tidak maksum, beliau sering mengamalkan pendekatan tidak perlu menuding jari dan sentiasa melakukan perkara dan sering menyalahkan orang lain.

“Ketika pemimpin itu di atas, kamu tunduk, kamu hormat, kamu berkongsi segala nikmat, merasa bagaimana berkuasa.

“Ketika pemimpin itu di bawah, kamu pula mendongak, kamu bongkak dan khianat kepada tutur janji. Namun kamu masih berlagak seumpama kamu maksum, tidak berdosa dan tidak akan sesekali melakukan dosa.

“Pada diri kamu, setiap kejadian yang merugikan, pasti berpunca dari kesalahan pemimpin lain. Aku beringat kepada diri sendiri. Aku bukan maksum. Tentu aku ada salah silap. Aku mesti perbetulkan.

“Aku tak perlu menuding jari seakan aku sentiasa betul, orang lain sentiasa salah. Mungkin kamu juga seharusnya, sedemikian,” tulis di media sosial miliknya hari ini.

Hantaran itu dipercayai berkait keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang  perintah penggantungan terhadap semua aktiviti Perikatan Nasional (PN) berkuat kuasa semalam.

Ahmad Faizal yang mesra dengan panggilan Peja turut meluahkan apa yang terjadi pada hari ini.

Beliau juga kesal kerana seperti dikhianati selepas bahtera perjuangan yang dibina selama ini gagal dikemudi lagi.

“Kawan bertanya khabar. Bersimpati dengan apa yang berlaku. Beritakanlah. Bahawa, tentu sekali aku berasa kecewa, marah, malu dan dikhianati.

“Kecewa kerana perkara kecil, sesuatu yang kami bina bersama, kini dalam kemelut yang boleh membawa kesan yang besar. Marah kerana mereka bertopengkan kebaikan tetapi membuat onar yang merugikan diri mereka sendiri.

“Malu kerana, apabila mereka bercakap, bergegar bumi. Rupa-rupanya, kamu lemah. Bahtera perjuangan suci gagal dikemudi. Aku berasa dikhianati!” tulisnya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here