PARIS –Ketua Pegawai Operasi Airbus, Fabrice Bregier mengesahkan tempahan terbaharu Emirates melibatkan 36 buah pesawat A380 bernilai AS$16 bilion membolehkan syarikat itu mengekalkan pengeluaran pesawat superjumbo itu pada paras minimum.

Komitmen Emirates untuk membeli enam pesawat dua tingkat A380 setahun untuk tempoh sedekad termasuk daripada tempahan terdahulu memenuhi jurang pengeluaran yang telah dirancang.

“Tempahan sekarang adalah mencukupi untuk mengekalkan program pada paras paling minimum,” kata Bregier dalam rancangan radio RTL.

Dalam pada itu, Bloomberg menyifatkan tindakan Emirates menambah pembelian pesawat superjumbo itu telah memberikan talian hayat baharu kepada Airbus. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast