Jacinda Ardern.

WELLINGTON – Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern mengumumkan beliau hamil anak pertama yang bakal dilahirkan pada Jun ini.

Reuters melaporkan, Ardern telah melantik Timbalan Perdana Menteri, Winston Peters untuk mememangku tugas beliau selama enam minggu selepas kelahiran bayinya nanti.

“Saya dan Peters yakin mengharungi tempoh tersebut kerana kami memiliki hubungan yang erat.

“Saya akan menyambung tugas Perdana Menteri selepas cuti bersalin,” katanya dalam kenyataan.

Pemimpin Parti Buruh berusia 37 tahun itu menjadi Perdana Menteri pada Oktober lalu, menamatkan penguasaan Parti Kebangsaan selama hampir sedekad.

ArdernĀ  menjadi Perdana Menteri New Zealand paling muda sejak tahun 1856 dan Perdana Menteri wanita ketiga kepada 4.6 juta penduduk negara itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast