SPRM
Dzulkifli Ahmad

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyifatkan isu penubuhan Jabatan Integriti dan Urus Tadbir Negara (JITN) yang dikatakan menyekat peranan badan itu kini sudah selesai.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata, pihaknya akan bekerjasama sepenuhnya dan memberi komitmen bagi memastikan apa yang dirancang akan berjalan dengan baik.

“Kami (SPRM) akan memastikan tugas dan tanggungjawab kami tidak terjejas malahan kita akan memberikan sepenuh kerjasama.

“Ini untuk memastikan agensi-agensi kerajaan mempunyai pengurusan dan tadbir urus baik serta bersih daripada gejala rasuah dan salah guna kuasa,” katanya selepas Majlis Paluan Berundur Datuk Seri Mohd. Jamidan Abdullah sebagai timbalannya di ibu pejabat SPRM di sini hari ini.

Beliau mengulas perkembangan terkini penubuhan JITN yang dikhuatiri menyekat peranan dan rancangan SPRM untuk menangani isu rasuah serta memperbaiki tahap Indeks Pesepsi Rasuah (CPI) 2016 Malaysia.

Sebelum ini, Dzulkifli juga mencadangkan kerajaan menggunakan sumber kewangan yang terhad untuk memantapkan agensi-agensi sedia ada berbanding menubuhkan agensi baharu.

Dzulkifli berkata, cadangan penubuhan JITN juga akan menyebabkan pertindihan tugas dengan agensi sedia ada.

Malah beliau turut mempersoalkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Paul Low Seng yang mempertahankan penubuhan JITN yang didakwa akan memantapkan fungsi SPRM dalam melaksanakan tugas. – MalaysiaGazette.

SPRM tetap tolak cadangan penubuhan JITN

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast