Fuzi
Tan Sri Mohamad Fuzi Harun

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempertingkatkan kawalan keselamatan di semua lokasi sambutan perayaan Thaipusam.

Thaipusam akan disambut oleh penganut Hindu pada 31 Januari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, polis akan memastikan tiada sebarang insiden yang boleh mengganggu gugat sambutan perayaan itu.

“Para pengunjung yang berada di lokasi sambutan juga diminta memberi kerjasama kepada bagi memastikan kelancaran sambutan tanpa sebarang pelanggaran undang-undang dan peraturan ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Masyarakat turut diminta melaporkan kepada polis jika mempunyai sebarang maklumat atau mengesan kejadian yang menjejaskan keselamatan pengunjung ketika sambutan Thaipusam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast