BAGAN DATUK – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa rakyat agar tidak terpengaruh dengan kempen undi rosak yang ditularkan oleh pihak tertentu dengan tujuan merosakkan proses demokrasi di negara ini.

Katanya tindakan pihak berkenaan yang mahu menjadi ‘third force’ atau kuasa ketiga pada pilihan raya umum (PRU) akan datang hanya semata-mata untuk merosakkan pilihan raya itu.

“Kita harus melihat bahawa pada hari pengundian, sama ada (pemilih) undi kerajaan sedia ada atau tidak (itu) hak masing-masing tetapi demokrasi mesti dilaksanakan,” katanya ketika berucap pada perasmian Fiesta Ponggal Bagan Datuk di Sekolah Menengah Kebangsaan Hutan Melintang dekat sini, hari ini.

Beliau juga berkata daripada dirosakkan, ada baiknya undi itu diberikan kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi memastikan BN dapat terus menyambung khidmat bakti kepada semua kaum di negara ini.

Kempen ‘Undi Rosak’, ‘SpoiltVote’ dan ‘ProtesPRU’ yang kini tular menerusi laman sosial mengajak golongan muda agar merosakkan undi pada PRU akan datang dengan penggeraknya dilaporkan memberi alasan tiada beza sama ada BN atau Pakatan Harapan.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast