Ketua Penerangan UMNO Selangor, Datuk Zein Isma Ismail
KUALA LUMPUR – Tidak menafikan ada kalanya UMNO dan Barisan Nasional ‘sakit’ hingga ‘demam’ dek kerana kerja kuat untuk membantu rakyat namun tidak seteruk Pakatan Harapan khususnya DAP mempunyai ‘berpenyakit berjangkit’.

Ketua Penerangannya, Datuk Zein Isma Ismail berkata, walaupun parti pembangkang dari luar nampak ‘sihat’ dan ‘kuat’, namun hakikatnya mereka setiap satunya mempunyai bawaan penyakit tersendiri.

“UMNO BN dikatakan sedang sakit, tenat dan nazak. Apa pun istilahnya, ia adalah persepsi untuk menggambarkan permasalahan dalaman parti ini supaya keyakinan rakyat terhakis.

“Ungkapan UMNO sedang sakit sudah lama diperkatakan. Bahkan sewaktu Nik Aziz masih hidup dahulu pun beliau mengatakan UMNO sedang sakit, tunggu masa untuk dikebumikan.

“Namun soal hidup dan mati, mulia dan hina, berkuasa atau tidak, adalah urusan takdir Allah.

“Namun istilah berpenyakit adalah lebih bahaya. Ini kerana penyakit boleh berjangkit. Itulah realiti sedang berlaku dalam Pakatan Harapan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini

Zein Isma juga berkata, walaupun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mempunyai seorang doktor perubatan sebagai pengerusinya, namun belum tentu boleh merawat semua penyakit, khususnya ‘sakit batin’.

“PPBM berpenyakit pada hati. Hasad, dengki, sombong, riak dan takabbur adalah penyakit yang ada pada PPBM. Hakikatnmya penyakit itu tiada hospital dapat merawatnya. Belum ada ubat yang dapat menyembuhkannya,” katanya.

Beliau turut menyifatkan Parti Amanah Negara (PAN) pula sebagai pembawa ‘penyakit kusta’ susulan tindakan Pas yang menyingkirkan mereka untuk mengelakkan penyakit itu berjangkit dalam parti Islam itu.

“Begitulah nasib PAN dalam Pakatan Harapan tak lebih daripada penyakit kusta yang memburukkan imej mereka,” katanya.

Beliau turut menggambarkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai sebuah parti yang dijangkiti ‘penyakit kelamin’ yang tidak pernah puas dengan kuasa yang dimiliki khususnya di Selangor.

Namun DAP merupakan parti yang paling kronik dijangkiti penyakit berbahaya iaitu ‘cintakan dunia’ menggunakan kaedah matlamat menghalal cara.

“Mana-mana parti yang dapat dengan DAP akan dijangkiti oleh virus bawaan anjing & babi yang menyebabkan hilang kewarasan akal, pedoman agama & kasih sayang sesama insan.

“Awas… penyakit berjangkit bawaan Pakatan adalah penyakit yang tidak dapat dirawat. Menjauhi Pakatan adalah langkah terbaik untuk mengelakkan diri dari dijangkiti,” katanya lagi. – MalaysiaGazette.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast