KUALA LUMPUR – Berita gembira buat peminat stimbot dan panggang apabila Pak John Steamboat & BBQ (Pak John) telah membuka cawangan keduanya di pusat membeli-belah, IOI City Mall di Putrajaya.
Pengarah Urusan Pak John, CS Chong berkata, restoran yang dibuka sejak hujung bulan lalu menelan kos hampir RM1 juta.
Beliau berkata, pihaknya memilih IOI City Mall kerana ia kini menjadi lokasi pilihan utama masyarakat berkunjung bersama keluarga selain terletak strategik di antara Bangi, Serdang dan Putrajaya.
“Kami melakukan kajian selama enam bulan bulan untuk memilih cawangan kedua selepas e-Curve di Damansara. Keistimewaan lokasi baharu ini kerana ia amat selesa kerana memiliki ruang makan di luar restoran.
“Restoran itu dibuka setiap hari bermula pukul 11 pagi hingga 10 malam setiap melibatkan kakitangan seramai 20 orang dan tiga chef,” katanya.
Majlis pembukaan cawangan baharu dan juga meraikan ulangtahun keenam Pak John disempurnakan oleh pelakon prolifik, Datuk Rosyam Nor.
Chong menambah, pihaknya menyediakan lebih 160 menu bersama 16 jenis sos termasuk pelbagai pemanis mulut seperti wafel, cendol dan air batu campur (ABC).
Pengunjung juga jelasnya boleh memilih lima jenis sup antaranya berperisa tom yam, kari, udang dan ayam selain terdapat enam BBQ ayam dan dan daging.
“Matlamat utama Restoran Pak John hampir setiap bulan kami akan menaik taraf menu yang ada, demi untuk memberi sedikit kelainan bila pelanggan tetap kami berkunjung buat sekian kali.
“Bersesuaian dengan cogan kata kami iaitu We Only Serve Quality And Fresh, maka tidak hairan lah semua bahan-bahan yang disediakan memang segar dan berkualiti tinggi.
“Kami merancang membuka lebih banyak cawangan di seluruh Malaysia pada masa akan datang untuk memenuhi permintaan dari pelanggan yang selalu bertanya dari luar Kuala Lumpur.
“Namun kami akan lebih menitik berat tentang kemudahan lokasi, reka bentuk dalam restoran dan nilai peratus penduduk dalam satu-satu kawasan,” katanya sambil memberitahu Pak John ini memiliki sijil Halal yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Kini, dengan harga hanya RM50 untuk dewasa dan RM25 untuk kanak-kanak, pelanggan boleh memilih pelbagai hidangan yang sedap dan menyelerakan.
Sementara itu, para pelanggan boleh melayari Facebook dan Instagram Pak John atau menghubungi talian hotline 012-2528289 untuk mengemukakan pertanyaan.
Sejarah Pak John bermula pada tahun 2013 menerusi kios kecil dengan modal permulaan RM40,000. – MalaysiaGazette