Home Dunia 36 maut bas terjunam dalam sungai

36 maut bas terjunam dalam sungai

Keadaan bas yang terjunam ke dalam sungai hingga mengakibatkan 36 penumpang maut. foto Reuters

KOLKATA: Sekurang-kurangnya 36 orang terbunuh di Bengal apabila sebuah bas dengan 55 penumpang terjunam ke sungai awal pagi semalam.

Bas yang dimiliki syarikat pengangkutan negara itu jatuh 30 kaki ke dalam Sungai Bhairav dari jambatan selepas pemandu hilang kawalan.

Menteri Pengangkutan Bengal Barat Suvendu Adhikari berkata, mayat-mayat itu ditemui selepas enam jam operasi menyelamat.

Kerajaan Bengal Barat telah melancarkan siasatan ke atas insiden tersebut dan mengumumkan pampasan sebanyak 500,000 rupee (AS$7,865) untuk setiap keluarga mangsa. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast