Home Nasional Pedati emas Dewa Vinayagar tarikan besar perarakan Thaipusam

Pedati emas Dewa Vinayagar tarikan besar perarakan Thaipusam

KUALA LUMPUR – Hampir 150 ribu penganut Hindu termasuk pengunjung dan pelancong dalam dan luar negara hadir menyaksikan perarakan pedati emas dan perak untuk sambutan Thaipusam pada tahun ini.

Pendati emas yang membawa Dewa Vinayagar buat julung kali Kuil Sri Subramaniyar Batu Caves dengan setinggi 6.7m itu menjadi tarikan utama apabila orang ramai khasnya masyarakat India berpusu-pusu melihatnya.

Warna cahaya keemasan pendati itu ternyata memberi impak tersendiri kepada sesiapa sahaja yang melihatnya.

Pengerusi jawatankuasa kuil tersebut, Tan Sri R. Nadarajah sebelum ini dilaporkan berkata, pedati emas bernilai RM5 juta itu dimasukkan dalam perarakan tahun ini bagi memberikan peluang kepada orang ramai untuk melihatnya.

Pendati emas yang bernilai kira-kira RM5 juta merupakan antara tarikan utama perarakan pendati Thaipusam 2018 kali ini.

Bagaimanapun, katanya, perarakan pedati emas tidak akan diteruskan pada tahun-tahun akan datang.

“Kami mahu memberi peluang kepada penganut Hindu di ibu negara untuk melihatnya kerana mereka telah turut memberikan sumbangan untuk membina pedati emas yang disiapkan pada tahun lepas bagi sambutan ‘Vinyagar Sathurthi’.

“Pedati emas akan membawa arca Dewa Vinayagar manakala pedati perak seperti biasa akan menjunjung Dewa Murugan dan dua isterinya Dewi Valli dan Devi Theivanai,” katanya.

Walaupun ada segelintir pihak cuba memboikot orang ramai untuk menjalankan upacara nazar dan sembahyang di kuil Sri Subramaniyar Batu Caves, namun kepercayaan masyarakat Hindu tetap ramai seperti tahun-tahun sebelum ini.

Pedati perak seperti biasa akan menjunjung Dewa Murugan dan dua isterinya Dewi Valli dan Devi Theivanai,

Perarakan yang bermula dari jam 11 malam tadi sudah melalui dari Kuil Sri Maha Mariamman, Jalan Tun H.S.Lee, Kuala Lumpur dan  dijangka tiba di di kuil Batu Caves pada jam 2 hingga 3 petang hari ini.

Setakat laporan ini ditulis, perarakan pendati sudah sampai 10 jalan utama, antaranya, Jalan Sultan, Jalan Pudu, Jalan Tun Perak, Jalan Lebuh Ampang, Jalan Ampang, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Dang Wangi, Sogo, Jalan Raja Laut dan Jalan Sri Amar.

Perarakan pendati kemudian akan menggunakan Jalan Tun Razak (pusingan-U depan Bomba), Jalan Ipoh (Jalan Salleh), Jalan Perhentian, Jalan Ipoh, Jalan Ipoh Batu 5 dan terus menghala ke kuil Batu Caves.

Rata-rata penganut yang telah bernazar sudah memulakan perjalanan berjalan kaki tanpa mengenakan sebarang kasut atau selipar, akan berjalan sepanjang 23 kilometer mengikut pendati tersebut untuk sampai ke kuil Sri Subramaniyar hari ini.

Aktiviti memcahkan kelapa bagi tujuan membayar nazar merupakan antara perkara wajib yang dilakukan oleh masyarakat Hindu ketika musim Thaipusam.

Ketika perarakan pulang pula hanya akan melibatkan pedati perak sahaja pada 1 Februari dan dijangka tiba di Kuil Sri Maha Mariamman pada tengah malam hari yang sama.

Perarakan itu dijangka disertai hampir 200,000 penganut Hindu pada hari tersebut.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast