Home Dunia Timbalan pengarah FBI letak jawatan

Timbalan pengarah FBI letak jawatan

Andrew McCabe

WASHINGTON -Timbalan Pengarah Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) yang didakwa Donald Trump bias kepada politik telah melepaskan jawatannya.

Andrew McCabe terpaksa meletak jawatan sebelum tarikh persaraannya pada 18 Mac, laporan CBS News.

McCabe meletakan jawatannya seminggu selepas Presiden Amerika Syarikat meminta beliau keluar dari agensi penguatkuasaan undang-undang tertinggi itu.

Beliau juga dilaporkan menerima tekanan supaya berhenti oleh Pengarah FBI, Christopher Wray menjelang laporan agensi dalaman.

Setiausaha akhbar White House Sarah Huckabee Sanders memberitahu, keputusan itu tidak dibuat oleh White House.

“Presiden tidak terlibat dalam proses keputusan itu,” katanya dalam satu taklimat.

McCabe pernah dilantik memangku pengarah FBI pada Mei lalu selepas James Comey melepaskan jawatan itu.

Beliau turut terlibat menyaksikan siasatan FBI berhubung campur tangan Rusia dalam Pilihan Raya Presiden pada tahun 2016. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast