Processed with VSCO with a6 preset

KUALA LUMPUR– Pertumbuhan ekonomi Asia Pasifik dijangka kekal kukuh pada tahun 2018 disokong oleh pertambahan permintaan barangan daripada rakyat Asia serta pusingan pelaburan yang positif.

Bagaimanapun, Jabatan Penyelidikan Ekonomi Euler Hermes menjangkakan keadaan syarat lebih ketat tahun ini disebabkan peningkatan risiko di rantau ini.

Ketua Ekonominya, Ludovic Subran menjangka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Asia Pasifik tumbuh 4.8 peratus pada 2018 dan 4.7 peratus pada 2019.

Dari segi perdagangan, Euler Hermes mengunjurkan pertumbuhan eksport di kesemua negara di dalam rantau Asia Pasifik dengan China sahaja bakal menerima manfaat pertambahan keuntungan eksport sebanyak AS$129 bilion.

Rantau Asia Pasifik akan mendapat manfaat sebagai peneraju bahagian elektronik apabila dunia terus mengorak langkah ke arah digitalisasi.

Asia Pasifik merangkumi lima pengeksport utama lintar cetak dan bersepadu pada 2016 dengan mewakili 69 peratus daripada pasaran dunia.

“Dasar pelindungan (protectionism) akan mula perlahan dengan 404 langkah-langkah baharu diumumkan pada 2017 tetapi polisi-polisi yang defensif termasuk cukai, regulasi dan matawang mampu mengubah peraturan di Asia dan seterusnya memaksa China mempercepatkan liberalisasi kewangan republik tersebut,” katanya.

Namun begitu, kadar kemuflisan dikangka meningkat sebanyak 14 peratus tahun ini disebabkan peningkatan kelewatan pembayaran.

“Reformasi akan terus mengukuhkan persekitaran perniagaan.

“Syarat-syarat pembayaran ditambah baik, begitu juga dengan peraturan banking dan insolvensi yang akan menjadi perkara utama untuk mengurangkan risiko kredit dalam rantau ini.

“Kelewatan pembayaran telah meningkat di seluruh rantau terutamanya di China apabila pelanggan secara purata membuat pembayaran dalam tempoh 89 hari berbanding 72 hari, lima tahun lalu.

“Ini menyebabkan kadar kemuflisan meningkat sebanyak 14 peratus tahun ini terutamanya dalam sektor peruncitan dan pembinaan,” kata Pakar Ekonomi Kanan bagi Asia di Euler Hermes, Mahamoud Islam.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast