Abdul Khalid Ibrahim

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, adalah menjadi haknya untuk menyokong sesiapa pun, tetapi yang jelas beliau sama sekali tidak akan menyokong Ahli Parlimen Gombak iaitu Datuk Seri Azmin Ali.

Beliau berkata, pendiriannya tidak menyokong Azmin adalah kerana Azmin akan merugikan rakyat Selangor lebih RM2 billion dalam isu penyusunan semula industry air Selangor.

“Siapa saya sokong adalah hak saya. Yang jelas, saya tidak sokong YB Gombak kerana dia akan merugikan rakyat Selangor lebih RM2 billion dalam isu penyusunan semula industri air Selangor,” katanya dalam kenyataan ringkas yang dimuatnaik di laman Facebook beliau.

Sebelum ini Azmin dilaporkan berkata, Khalid perlu menetapkan pendirian tentang siapa yag mahu disokongnya dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 kelak.

“Khalid perlu buat keputusan. Dalam politik kita mesti ada prinsip, idealisme.

“Ini sekejap (dilihat menyokong) Umno, sekejap PAS, kemudian bebas. Jika beliau mahu main peranan dalam PAS, masuk parti itu,” kata Azmin. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast