BENIN – Sebuah kapal tangki dengan 22 anak kapal warga India hilang di luar perairan Teluk Guinea.

Kapal Marine Express yang didaftarkan di Panama terputus hubungan sejak Khamis lalu.

Kejadian itu berlaku kurang dari sebulan selepas sebuah kapal dirampas lanun di kawasan perairan yang sama.

Biro Maritim Antarabangsa berkata, tentera laut Benin sedang mengesan kapal yang membawa 13,500 tan gasolin.

Kapal berkenaan diuruskan oleh Anglo-Eastern yang berpangkalan di Hong Kong.

Januari lalu, sebuah kapal ditahan di kawasan sama tetapi dibebaskan selepass enam hari dengan bayaran pampasan.

Menteri Luar India, Sushma Swaraj berkata, pihaknya sedang bekerja sama dengan pelbagai pihak di rantau berkenaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast