KUALA LUMPUR- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka mengumumkan dividen 2017 pada Ahad ini.
Apa yang menarik, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan dikatakan akan membuat pengumuman tersebut.
Menurut laporan sebuah portal yang memetik Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Malaysia, Abdul Halim Mansor berkata, ini merupakan kali pertama Najib berbuat demikian sejak beliau memegang portfolio tersebut pada 2018.
Abdul Halim merupakan salah seorang ahli lembaga pengarah KWSP
Apakah ini menandakan kadar dividen yang lebih tinggi akan diumumkan pada kali ini?
Pastinya ia merupakan berita yang sangat ditunggu-tunggu oleh 14.72 juta ahli KWSP yang mana 6.83 juta masih aktif dan mencarum.
KWSP dilaporkan mencatatkan peningkatan pendapatan pelaburan sebanyak 5.13 peratus kepada RM12.95 bilion pada suku ketiga berakhir 30 September 2017.
Pada 2016, KWSP mengumumkan dividen sebanyak 5.7 peratus, menyusut berbanding 6.4 peratus sebelumnya.
Bagaimanapun ketika Malaysia Gazette cuba mendapatkan pengesahan daripada unit komunikasi korporat KWPS, jawapan yang diterima adalah “kenyataan tersebut (pengumuman yang bakal dibuat oleh Perdana Menteri) bukan daripada kami.”-MalaysiaGazette