Home Ekonomi Harga minyak jatuh

Harga minyak jatuh

SINGAPURA – Harga minyak mentah ditutup pada paras paling rendah tahun ini berikutan lonjakan pengeluaran Amerika Syarikat.

Niaga hadapan Brent berada pada paras AS$65.28 setong, jatuh 0.4 peratus berbanding harga penutup terdahulu. West Texas Intermediate (WTI) pula diniagakan AS$61.58 setong, jatuh 0.3 peratus.

Kejatuhan ketara pada hari Rabu, apabila minyak mentah menyentuh paras terendah satu bulan dan memadamkan rekod keuntungan awal tahun 2018.

Sebahagian sokongan diperoleh daripada gangguan kedua membabitkan 450,000 tong sehari beberapa bulan dari rangkaian saluran paip Forties, yang terbesar di Britain, yang membekalkan minyak mentah di bawah niaga hadapan Brent.

Tetapi pemacu pasaran terbesar adalah pengeluaran Amerika Syarikat yang kini menghasilkan secara purata 10 juta tong sehari buat kali pertama sejak awal tahun 1970an kepada 10.25 juta tong pada minggu lalu.

Sehingga awal 2000an Amerika Syarikat pernah mengimport 12 juta tong sehari.

Pengeluaran minyak Amerika Syarikat kini melepasi Arab Saudi dan Rusia. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast