Home Utama KLVC: Felda diarah ambil tindakan undang-undang

KLVC: Felda diarah ambil tindakan undang-undang

Lakaran artis Kuala Lumpur Vertical City di atas tanah milik Felda di Jalan Semarak.

KUALA LUMPUR – Laporan audit forensik yang dijalankan terhadap projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) mendapati terdapat ketidakpatuhan prosedur perolehan dan kecuaian dalam menjaga kepentingan Felda.

Lantaran itu, Felda diarah mengambil tindakan tatatertib dan tindakan undang-undang terhadap mereka yang cuai dalam menjaga kepentingan agensi kerajaan itu dan sayap pelaburannya, Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FICSB), menurut Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam satu kenyataan.

Pasukan firma audit yang dilantik untuk melakukan audit forensik projek itu telah mengemukakan laporan akhir kepada JPM pada 2 Februari lalu dan JPM membentangkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 5 Februari.

Katanya, Perdana Menteri bersetuju satu jawatankuasa perunding ditubuhkan bagi mengkaji semula perjanjian antara FICSB dengan SPSB dan Synergy Promenade Kuala Lumpur Vertical City Sdn Bhd (SPKLVCSB).

Jawatankuasa perunding itu dianggotai Datuk Dr Yusof Ismail (Kementerian Kewangan, Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU), Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid, Pengarah Besar Felda Datuk Ab Ghani Mohd Ali, Timbalan Ketua Setiausaha JPM Datuk Zainal Abidin Abu Hassan dan Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Datuk Seri Ahmad Husni Hussain. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast