Home Dunia Eurostar tambah laluan ke Amsterdam

Eurostar tambah laluan ke Amsterdam

LONDON – Eurostar, syarikat yang mengendalikan kereta api antara London, Paris dan Brussels akan menambah Amsterdam sebagai destinasi barunya.

Eurostar akan memulakan perkhidmatan terus ke Amsterdam pada 4 April ini dengan laluan dari London melalui Brussels dan Rotterdam sebelum tiba di ibu negara Belanda dalam tempoh tiga jam dan 41 minit.

Eurostar yang berpangkalan di London menjalankan perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi membawa penumpang melalui terowong Channel, yang dikendalikan oleh Eurotunnel.

Eurostar adalah milik majoriti oleh pengendali kereta api Perancis, SNCF.

Sejak tahun 1994 ketika kereta api Eurostar pertama menghubungkan London dan Paris, perjalanan antara dua kota, termasuk perjalanan kereta api dan udara, telah meningkat dua kali ganda.

Syarikat itu berharap hubungan baru antara London dan Amsterdam akan meningkatkan trafik.

Eurostar berkata pada masa ini terdapat lebih daripada 4 juta penumpang yang mengembara di antara kedua-dua bandar itu setiap tahun.

“Apabila Belanda semakin popular sebagai pusat perniagaan dan pelancongan utama, potensi perkhidmatan baru dan pasaran keseluruhan adalah penting,” kata Eurostar dalam satu kenyataan. – MalaysiaGazette