PARIS – Menara Eiffel yang menarik enam juta pengunjung setiap tahun masih lagi ditutup sehingga Ahad disebbakan salji lebat.
Menara yang menjadi simbol Paris itu telah ditutup sejak Selasa lalu kerana ia boleh membahayakan pengunjung dengan risiko tergelincir.
Dewan Bandaraya Paris berkata, salji yang turun luar biasa sejak Selasa itu mencatatkan 12 sentimeter dalam tempoh 24 jam.
Kali terakhir Paris menerima salji lebat pada tahun 1987.
Jumlah salji yang lebat itu turut menjejaskan penduduk di utara Perancis pada minggu ini.
Di Menara Eiffel, salji yang bertukar ais di platform dan tangga menyukarkan para pelancong untuk bergerak.
Kaedah biasa mencairkan ais tidak boleh digunakan kerana garam akan menjejaskan besi menara. – MalaysiaGazette