KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membuktikan ia adalah salah satu dana persaraan yang paling berjaya di peringkat global.
Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Bank, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata, prestasi itu turut mencerminkan kepelbagai strategi pelaburan KWSP yang baik.
“CIMB sangat menyokong usaha KWSP untuk menjadikan persaraan sebagai topik utama supaya lebih banyak golongan muda mampu merancang, sama ada melalui KWSP atau Skim Persaraan Swasta (PRS), sebaik sahaja mereka mula bekerja.
Semalam, KWSP mengumumkan agihan dividen sebanyak 6.9 peratus bagi Simpanan Konvensional dan 6.4 peratus bagi Simpanan Syariah.
Agihan bagi keseluruhan dividen adalah RM48.13 bilion, yang mana RM44.15 bilion untuk Simpanan Konvensional dan baki RM3.98 bilion untuk Simpanan Syariah.
Untuk Simpanan Konvensional, kadar 6.90 peratus merupakan kadar tertinggi pernah diumumkan sejak tahun 1997. – MalaysiaGazette