SHAH ALAM, 11 Feb -- Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad (tengah) ketika sidang media selepas Program Jimat Belanja Dapur Fama, LKIM dan SPRM bersama Masyarakat Sempena Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Selangor di Pasar Tani Shah Alam hari ini. Turut serta Ketua Pengarah LKIM, Datuk M.Saedon Ab.Majid (kiri) dan Ketua Pengarah FAMA, Datuk Ahmad Ishak (kanan). --fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA

SHAH ALAM – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) optimis kerajaan Selangor akan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) sebelum pilihan raya umum akan datang.

Ketua Pesuruhjayanya Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata adalah amat menyedihkan kerana hanya Selangor sahaja belum menandatangani IBR, bagaimanapun pihaknya tidak putus harap mendapatkan satu tarikh yang sesuai bagi menandatangani ikrar berkenaan.

“Jika negeri lain termasuk Pulau Pinang dan Kelantan dapat menunjukkan komitmen mereka dalam menandatangani IBR, mengapa Selangor harus berbeza.

“Kita harap sebelum PRU ini, insya-Allah. Jika Selangor mahu menambah inisiatif dalam IBR ini nanti kami alu-alukan, lebih banyak inisiatif tambahan yang diletak, lebih banyak komitmen yang perlu dibuat kerajaan negeri,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas melakukan tinjauan pada program Jimat Belanja Dapur anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bersama Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan SPRM.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast