Home Sukan Ghaddar kembali ke Kelantan

Ghaddar kembali ke Kelantan

Mohamad Ghaddar

KUALA LUMPUR – Bekas penyerang import Kelantan musim lalu, Mohammed Ghaddar akan kembali memperkuatkan jentera serangan pasukan The Red Warriors (TRW) dalam saingan Liga Malaysia 2018.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Bibi Ramjani Ilias Khan berkata, pemain dari Lubnan itu  dibawa masuk bagi menggantikan pemain import, Magaro Gomis yang mengalami kecederaan.

“Mohammed Ghaddar dijangka tiba Khamis ini untuk bersama pasukan menjalani latihan bagi persiapan menghadapi perlawanan Liga Super,” katanya ketika dihubungi Bernama malam tadi.

Bibi Ramjani berkata, Kafa sudah melengkapkan pendaftaran pemain berkenaan.

 Beliau berkata, dengan kehadiran pemain tersebut, pihaknya berharap ia akan memberi kesan positif kepada pasukan bimbingan Sathit Bensoh itu.

Sepanjang mewakili Kelantan musim lalu, Mohammed Ghaddar berjaya menjaringkan 18 gol dalam 12 perlawanan, sebelum beliau berhijrah ke pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast