Tangkap layar tiket AJL39 yang dikongsikan seorang pengguna TikTok

KUALA LUMPUR- Etika berpakaian bagi semua tetamu Anugerah Juara Lagu ke-39 telah dinyatakan dengan jelas di belakang tiket acara tersebut.

Ini termasuk kod berpakaian mengikut jantina yang merupakan perkara ketiga yang ditulis di dalam terma dan syarat yang wajib dipatuhi semua tetamu acara berkenaan, demikian dedah seorang pengguna TikTok yang turut memuat naik tiket acara tersebut di media sosial.

Selain kod berpakaian mengikut jantina, TV3 juga menetapkan etika berpakaian yang tidak terlalu mendedahkan dan provokatif.

Acara berprestij yang diadakan malam Ahad lalu mengundang kontroversi hebat apabila terdapat tetamu lelaki berpakaian wanita ketika menghadiri acara berkenaan.

Ini menimbulkan rasa tidak senang banyak pihak kerana acara berkenaan turut disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen tempatan dan platform atas talian yang boleh ditonton oleh semua lapisan masyarakat.

Ia juga bertentangan dengan adat dan agama yang diamalkan di negara ini.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

Lelaki berpakaian wanita di AJL, TV3 minta maaf dan kesal

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast