Mohd Zuhan (dua kanan) melakukan simbolik penyerahan kerusi roda kepada Pengarah Hospital HEBHK, Dr Sharath Chandran Subhas Chandran (dua kiri) di Lobi HEBHK, Kluang hari ini.

KLUANG – Penyerahan 13 buah Kerusi Roda daripada Ahli Lembaga Pelawat Hospital (ALPH) kepada Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) di sini diharapkan dapat membantu khidmat kesihatan di hospital berkenaan.

Pengerusi ALPH di HEBHK, Ts Dr. Mohd Zuhan Mohd Zain berkata, penyerahan alat bantuan sebagai usaha pihaknya membantu  hospital menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pesakit khususnya bagi mereka yang berhadapan masalah untuk bergerak atau berjalan.

Katanya, daripada 13 buah kerusi roda ini, sebahagian diletakkan di Zon Kecemasan manakala selebihnya akan digunakan di bahagian rawatan dialisis di HEBHK dan Klinik Kesihatan (KK) Mengkibol.

“Ini merupakan salah satu langkah yang dilakukan oleh ALPH bagi memudahkan orang ramai mendapatkan rawatan khususnya khidmat dialisis samada di hospital atau klinik.

Mohd Zuhan (lima kanan) melakukan simbolik penyerahan kerusi roda kepada Pengarah HEBHK, Dr Sharath Chandran Subhas Chandran (enam kiri) di Lobi HEBHK di Kluang hari ini.

“Beberapa inisiatif lain akan terus digerakkan oleh ALPH dari semasa ke semasa agar perkhidmatan lebih baik dapat disediakan kepada pesakit yang datang mendapatkan rawatan di hospital ini,” katanya kepada pemberita hari ini.

Mohd Zuhan berkata, pihaknya akan terus mengikuti setiap keluhan rakyat berkaitan tawaran perkhidmatan kesihatan di hospital dan klinik di daerah ini dan berusaha mengambil langkah mengatasinya.

Ujar beliau, secara asasnya HEBHK sudah memberikan perkhidmatan terbaik kepada setiap pesakit yang datang mendapatkan rawatan sama ada dalam wad, bahagian janji temu, zon kecemasan dan farmasi.

“Orang ramai juga digalakkan untuk menyalurkan setiap cadangan kepada pihak kami untuk kita sama-sama merancang mutu perkhidmatan di hospital ini dan ia pastinya untuk manfaat kepada pesakit yang datang mendapatkan rawatan,” katanya.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here