Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi perbicaraan atas pertuduhan menyalahgunakan kedudukan melibatkan suapan berjumlah RM225.3 juta dan menerima wang RM200 juta hasil aktiviti haram, ketika Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 17 OGOS 2026. (GAMBAR FAIL)

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskan (DAA) bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada satu pertuduhan menggunakan kedudukan untuk suapan sebanyak RM200 juta dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah yang sama.

Keempat-empat pertuduhan melibatkan Bukhary Equity Sdn. Bhd.

Hakim Noor Ruwena Md. Nurdin memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Ahmad Akram Gharib memaklumkan pihaknya tidak berhasrat untuk meneruskan keempat-empat pertuduhan tersebut.

“Pihak pendakwaan ingin memaklumkan bahawa setelah meneliti keseluruhan kedudukan kes, kami membuat keputusan untuk tidak meneruskan pertuduhan pertama bagi perbuatan guna kedudukan dan tiga pertuduhan pengubahan haram.

“Dengan itu, pihak pendakwaan memohon supaya tertuduh diberikan perintah pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) bagi pertuduhan-pertuduhan berkenaan selaras dengan peruntukan Seksyen 254(1) Kanun Tatacara Jenayah.

“Untuk mengelakkan sebarang kekeliruan, permohonan pihak pendakwaan hari ini adalah terhad kepada pertuduhan-pertuduhan tersebut sahaja dan tidak melibatkan pertuduhan-pertuduhan lain yang masih dihadapi oleh tertuduh,” ujarnya.

Ini bermakna, Muhyiddin masih dibicarakan terhadap tiga pertuduhan menggunakan kedudukan untuk suapan berjumlah RM25.3 juta.

Berita selanjutnya menyusul ….

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here